assalamualaikum w.b.t
Sesungguhnya, setiap amalan itu disertai dengan niat…
ِﺇنَّّمَا الاعْمَالُ بِانِّيّاتِ،وَﺇِنَّّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَّا نَوَى،فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ ﺇِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ ﺇِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ، فَمَنْ كَانَتْ ِهجْرَتُهُ لِدُنْيِا يُصِيْبُهَا، أَوِ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ ﺇِلَى مَا هَجَرَ ﺇِلَيْهِ
Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung niat-niatnya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya (benar-benar) kepada Allah dan rasul-Nya.Dan barangsiapa hijrahnya untuk dunia yang dia ingin meraihnya, atau untuk wanita yang dia ingin menikahinya, maka (nilai) hijrahnya (sebatas) kepada apa yang dia berhijrah kerananya.
Sengaja ana mendahulukan hadis diatas di dalam mukadimah blog 4MU ini kerana segala perbuatan mesti didahulukan dengan niat dan dengan niat itu juga kita akan memperoleh pahala drpd ALLAH jika perbuatan itu hanya kerana ALLAH semata-mata. Penubuhan blog 4Mu ini juga lillahita'ala...untuk pengetahuan anda, 4MU ini adalah sebuah syarikat yang diasas oleh ir. Nor Shakiman. syarikat ini lebih dikenali sebagai yayasan 4MU. Perletakan nama yayasan ini bertujuan supaya ingin lebih dikenali sebagai sebuah organisasi yang ingin membantu saudara muslim kita selaras dengan maksud 4MU iaitu for muslim ummah. alhamdulillah, penubuhan yayasan 4MU ini sudah masuk hampir 6 bulan. selama 6 bulan ini, yayasan 4MU telah membuka 2 cawangan stokis HPA iaitu stokis HPA di shah alam dan juga stokis HPA di Jln Byam, Kota Bharu. stokis tersebut telas diuruskan sepenuhnya oleh Mukhlis bin Nor Shakiman al-hafiz dan ir. Nor shakiman Muhammad. Yayasan 4MU juga telah membuka satu lagi stokis barangan MUSLIM CHOICE yang terletak di wakaf berangan Pasir Puteh, Kelantan. buat masa ini, yayasan 4MU amat aktif di dalam penjualan barangan-barangan islam yang dijamin halal lagi suci. selaras dengan objektif yang ingin membantu saudara-saudara islam dengan usaha menukarkan barangan produk yahudi kepada produk islam.
oleh itu, dengan penubuhan blog yayasan 4MU ini bertujuan dapat kita sama2 berkongsi ilmu dan pandangan terhadap isu-isu semasa berkaitan dengan ummah, permasalahan agama. penubuhan blog ini juga alternatif untuk mendapatkan produk-produk islam dengan lebih mudah seperti barangan HPA dan Muslim Choice. Segala pendapat dan perkongsian ilmu boleh disumbangkan di blog ini untuk kebaikan kita bersama. Dengan ini maka blog yayasan 4MU telah beroperasi dengan rasminya didahului dengan lafaz :
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
"Membangun Ummah Tanggungjawab Bersama"