Majlis Walimah Mukhlis & Rabiah

Pada raya ke-3 dan ke-5 baru-baru ini telah diadakan majlis perkahwinan Mukhlis dan Rabiatul. Majlis ini berlangsung dengan meriah sekali. Walaupun terdapat banyak masalah semasa persiapan, kami sekeluarga tetap tidak berputus asa untuk memberi yang terbaik kepada tetamu yang hadir. Alhamdulillah semuanya beralan lancar dan kami semua amat berpuas hati. Antara yang hadir ke majlis ini ialah Y.A.B Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Walaupun majlis ini hanya berlangsung di dalam kampung, Tuan Guru tetap hadir dan inilah uniknya Menteri Besar Kelantan yang benar-benar berjiwa rakyat. Akhir kata, kami sekeluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang bersusah payah, perah keringat untuk membantu menyempurnakan majlis walimah ini.






Majlis akad nikah (Mukhlis & rabiatul)

Tanggal 21 september bersamaan 2 syawal (raya ke-2) adalah hari yg amat berharga buat anaknda ke-2 Nor Shakiman iaitu Mukhlis dimana pada hari tersebut diadakan majlis akad nikah. Hari tersebut menjadi lebih bermakna buat sepasang bakal pengantin ini apabila juru nikahnya ialah MB Kelantan itu sendiri yakni YAB Tuan Guru Nik Aziz Bin Nik Mat. Wah, betapa bertuah nya mereka apabila hari yang bersejarah di hadiri oleh tokoh ulama yang amat disegani. Bertambah berkat majlis ini. Sebelum mendapatkan Tuan Guru untuk menjadi juru akad, bakal mentua Mukhlis (cikgu Nazir) telah bersusah payah mendapatkan kepastian. Beliau telah berulang alik beberapa kali ke rumah Tok Guru dengan niat agar semuanya berjalan dengan lancar. Pada hari yang telah ditetapkan, kami telah bergegas ke rumah Tok Guru seawal 5.00 pg untuk sembahyang subuh bersama di masjid Darul Anuar. memang pada pagi itu agak kelam kabut tunggu setiap orang untuk bersiap, tapi alhamdulillah semuanya selamat sampai dan sembahyang berjemaah bersama Tok Guru. Selesai sembahyang, kami terpaksa menunggu kedatangan beberapa orang luar untuk mencukur bayi-bayi mereka. Memang sibuk betul Tuan Guru. Seawal pagi sudah dikerumi ramai orang tetapi muka Tok Guru kelihatan tenang sekali. Kami terpaksa menunggu giliran. si bakal pengantin kelihatan makin bertambah gemuruh. Yelah, semakin lama tunggu, makin gementar. Takut-takut lupa jawab akad nanti.hehe...
Selepas selesai semuanya, dalam pkl 6.30 pg barulah kami berpeluang untuk mengadakan majlis akad. Majlis akad yang dibuat Tok Guru amat ringkas dan tenang. Mukhlis pon hanya sekali lafaz sahaja. Semuanya berjalan lancar dan tiada sebarang masalah. Alhamdulillah dan Tahniah buat Mukhlis & rabiatul. Selamat Pengantin baru dan semoga berbahagia di dunia dan akhirat.













dari meja pengarah




Assalamualaikum w.b.t

Dengan kata awal Bismillah, saya mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberi saya kesihatan yang baik dan diberi masa yang terluang ini untuk berkongsi pendapat kepada anda di luar sana di dalam blog 4MU ini. Inisiatif penubuhan blog ini terhasil daripada kesedaran saya untuk berkongsi ilmu dan pendapat daripada semua saudara yang mengujungi laman blog ini. Secara tidak langsung, dengan adanya teknologi seperti internet yang membuatkan hidup kita pada hari ini menjadi dunia tanpa sempadan dapat kita sama-sama memanfaatkan lagi pengunaan teknologi ini didalam mencurah segala ilmu-ilmu yang bermanfaat dan info-info yang membawa yang menarik.

Di kesempatan ini juga, saya ingin menerangkan tentang apakah sebenarnya tujuan penubuhan yayasan 4MU ini. perletakan nama 4MU itu sendiri telah memberi banyak maksud. Di antaranya ialah bersempena nama permulaan anak-anak lelaki saya iaitu Mukhlis, Munzir, Muhammad & Muzammil. Selain itu, maksud sebenar 4MU ini ialah for Muslim Ummah. Bersempena dengan nama tersebut, penubuhan yayasan ini adalah untuk semua dimana aktiviti kebajikan dari sudut ilmiah, kewangan dan mendapatkan barangan muslim. sejak dari penubuhan yayasan 4MU ini, telah banyak aktiviti yang telah terlaksana di antaranya ialah pembukaan stokis barangan HPA dan Muslim Choice, perkahwinan diantara Mukhlis & Rabiatul Adawiyah, sumbangan air-cond masjid Al-Ikhsan dan sbg.

Dikesempatan yang ada ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga saya iaitu Noor hashimah bte hussein(ummi), nurul hanan (kaklong) & azril hanif(abg long), Mukhlis & Rabiatul, Munzir, Muhammad, Nurul Bahiah, Nurul Hannah, Muzammil, Liyana Bazilah, Lina Badrina, Aida Rawaida, Aimi Hanani & Nur Rahimah kerana tidak berhenti menyokong saya dari belakang. Tidak lupa juga keluarga di Jln Bayam dan keluarga di Pasir Puteh yang kerap membantu saya sehingga sekarang. Saya berharap dengan penubuhan Yayasan 4MU ini dapt memberi manfaat kepada semua di dunia mahupun di akhirat kelak. Ameen.

Sekian saja dari saya,
Wassalam.

ir Nor Shakiman Muhammad
+6012-2032350

about this 4MU's blog

PENGARAH 4MU :
IR. NOR SHAKIMAN BIN MUHAMMAD

PENGURUS :
SDRA JASMANI MOHAMAD

AHLI - AHLI 4MU :
AHLI KELUARGA IR. NOR SHAKIMAN
ORANG AWAM YANG BERMINAT