Satu kumpulan 4MU FOR MUSLIM UMMAH yang diketuai oleh Tuan Hj Ir Nor Shakiman Muhammad telah berjaya mengadakan kunjungan kemanusiaan ke kota Bangkok untuk menilai keadaan banjir di sana seterusnya membawa bantuan makanan untuk penduduk Islam di sekitar Bangbuathong, Utara Bangkok. Walaupun hanya 70kg bahan makanan yang berjaya dibawa dalam misi kali ini namun hakikatnya ia adalah satu misi 4MU yang berjaya. Satu pertemuan dan perbincangan tidak formal telah diadakan dengan pihak Council Of Muslim Organisations of Thailand ( COMOT) yang di wakili oleh Sdra Sarawud ( Sdra Jalaluddin). Turut serta dalam perbincangan tersebut ialah Ustaz Harun yang tidak asing lagi di kalangan pendengar siaran radio Islam Thailand.
Memandang kejadian musibah yang melanda kota Bangkok bagaikan tiada kesudahannya, semua pihak bersetuju untuk melipat gandakan bantuan kemanusiaan khususnya makanan. Jadi sekiranya anda tidak mahu ketinggalan dalam infak yang mulia ini, maka tibalah masanya untuk mengorbankan sedikit dari harta yang dianugerahkan Allah untuk kerja kebaikan ini. Pihak 4MU mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sdra Hj Tarmizi dan Cikgu Khairul yang turut serta dalam misi kemanusiaaan ke Bangkok ini. Semuga Allah membalas budi baik kalian dan ditempatkan bersama sama orang yang salih.
MISI KEMANUSIAAN KE BANGKOK 26 - 28 OKT 2011
PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA OLEH DR RAIS B ABDULLAH
Sukacita dimaklumkan bahawa 4MU Services and Resources dengan kerjasama Rizqan Healing and Consultant akan mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk penduduk di Kota Bharu atau/dan kawasan yang berhampiran.
Lokasi: Pejabat 4MU Services And Resources
4807-D Jalan Bayam
Kota Bharu,
Kelantan,
( Belakang Bengkel Cacat, Jabatan Kebajikan Masyarakat )
Hari: 2hb November 2011 ( Rabu )
6 Zulhijjah 1432H
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Bayaran: Percuma ( Sumbangan Ikhlas untuk Tabung Rawatan adalah di alu alukan )
Hubungi: IR. Hj Nor Shakiman B Muhammad ( Hp: 012-2032350 ) ( Off: 09-7483350 )
Hajjah Noor Hashimah Bt Hussein ( Hp: 019-2187266 )
TESTIMONI PESAKIT KENCING MANIS
ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA,
Tuan Hj Ramli B A Ghani adalah pesakit kecing manis yang mula mengambil suplimen Zhahab dan Fiddah L semenjak 16hb Oktober yang lalu.
InsyaAllah pada 2hb November nanti ketika program Pemeriksaan Kesihatan oleh Dr Rais di Dusun Muda, Kota Bharu, Kelantan, Tuan Hj Ramli akan bersama-sama kita untuk berkongsi pengalaman beliau menggunakan produk Rizqan ini.
Kita berdoa agar beliau sembuh seperti sedia kala dan penyakit kencing manis beliau itu hanya satu sejarah. Semoga manfaat tersebut dapat dinikmati oleh banyak lagi rakan-rakan kita di luar sana yang diuji Allah dengan ujian penyakit ini, InsyaAllah.
Gambar pertama dirakamkan ketika beliau bersama Dr Rais ketika diberi rawatan dan gambar seminggu kemudian selepas rawatan.
PERLANTIKAN SEBAGAI STOKIS NEGERI KELANTAN
Assalamualaikum wbt,
Sekali lagi kami di 4MU sangat bertuah di atas pemilihan sebagai STOKIS NEGERI KELANTAN oleh Rizqan Healing And Consultant mulai 16hb Oktober 2011.
Sila layari sesawang " http://rizqan.com/ " untuk maklumat berhubung dengan produk Rizqan dan testimonial yang menarik atau datang sendiri ke premis jualan di C39 Bazar Tengku Anis, Kota Bharu, Kelantan ( Berdekatan dengan Masjid Muhammadi ).
Sukacita dimaklumkan bahawa satu program seperti di bawah akan berlangsung tidak lama lagi ;
PROGRAM: Pemeriksaan Kesihatan Oleh Dr Rais B Abdullah ( Rizqan Healing And Consultant )
Tempat : Pejabat 4MU Services and Resources
4807-D Jalan Bayam,
15200 Kota Bharu
Tarikh : 2hb November ( Hari Rabu )
Masa : 8.30 Pagi - 5.00 Ptg
Yuran: PERCUMA ( Sumbangan ikhlas untuk tabung rawatan adalah di alu alukan )
Semoga usahasama murni untuk ummah ini di berkati dan dirahmati Allah.
FOURMU kini beroperasi di Bazar Tengku Anis Kota Bharu Kelantan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah berkat doa dan sokongan semua, 4MU akhirnya berjaya memulakan operasinya di Bazar Tg Anis semenjak 3 bulan yang lalu.
Kedai lot tersebut yg disewa dari pihak Sensatimur menjual barangan pakaian berjenama khusus untuk kanak-kanak dan barangan keperluan harian yg lain dengan harga yang berpatutan dan diskaun yang menarik ditawarkan pada pengunjung.
Dengan tagline `Membeli Sambil Beramal' pihak pengurusan yang terdiri dari anggota sukarelawan masyarakat setempat berharap pembeli dapat memanfaatkan keperluan diri dan keluarga sambil dalam waktu yg sama melabur untuk 'saham' di Akhirat. Ini adalah kerana segala keuntungan dari perniagaan ini akan di sumbangkan kepada Pas Cawangan Dusun Muda, Kota Bharu, Kelantan.
Semoga Allah merestui segala amal dan kerja kebaikan yang kita lakukan.