FOURMU kini beroperasi di Bazar Tengku Anis Kota Bharu Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah berkat doa dan sokongan semua, 4MU akhirnya berjaya memulakan operasinya di Bazar Tg Anis semenjak 3 bulan yang lalu.

Kedai lot tersebut yg disewa dari pihak Sensatimur menjual barangan pakaian berjenama khusus untuk kanak-kanak dan barangan keperluan harian yg lain dengan harga yang berpatutan dan diskaun yang menarik ditawarkan pada pengunjung.

Dengan tagline `Membeli Sambil Beramal' pihak pengurusan yang terdiri dari anggota sukarelawan masyarakat setempat berharap pembeli dapat memanfaatkan keperluan diri dan keluarga sambil dalam waktu yg sama melabur untuk 'saham' di Akhirat. Ini adalah kerana segala keuntungan dari perniagaan ini akan di sumbangkan kepada Pas Cawangan Dusun Muda, Kota Bharu, Kelantan.

Semoga Allah merestui segala amal dan kerja kebaikan yang kita lakukan.